Thursday, April 2, 2009

Pendaftaran Belia 4B Caw. Bukit Naning

Untuk makluman semua Gerakan Belia 4B cawangan Bukit Naning telah pun didaftarkan di Gerakan Belia 4B Malaysia Kuala Lumpur pada 26 Mac 2009 semasa perhimpunan agung UMNO berjalan. Seramai 62 orang telah didaftarkan disertakan dengan borang PBB05, setem RM10, senarai ajk, minit mesyuarat, cover letter permohonan dan ic ahli. Penyerahan borang telah dilakukan oleh En. Mohd radzi Amin selaku Ketua Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Naning kepada En. Musa selaku Setiausaha Kerja 4B Malaysia dan disaksikan oleh Pn. Rubi selaku ketua tadbir Gerakan Belia 4B Malaysia.

Gerakan Belia 4B Malaysia telah menyerahkan 100 set borang baru bagi tujuan penambahan ahli baru.

No comments:

Post a Comment