Monday, April 6, 2009

Kursus Belia Berpersatuan

Gerakan Belia 4B Bukit Naning telah menghantar 5 orang wakil ke Program Belia Perpersatuan di Hotel Pelangi pada 3-5 April 2009. Beliau adalah Mohd Fahmi Badui dan Mohd Fazli Abu Bakar dari Kampung Parit Karim, Nurul Hidayah Mohd Emran, Anizah Said dan Nur Zalifah Muhamad dari Kampung Parit No. 8.

Program ini amat baik kepada ahli belia yang baru bagi pendedahan kepimpinan peringkat awal dan mewujudkan rangkaian belia di dalam Daerah Muar memandangkan kehadiran belia adalah di kalangan penduduk Muar.

tahniah dan syabas kepada peserta yang mengikuti program. Insya Allah dari semasa ke semasa kita akan maklumkan program yang seterusnya. Kehadiran saudara/saudari akan mewujudkan merit yang akan dikumpulkan pada peringkat akhirnya.

Daripada : Ketua Belia

No comments:

Post a Comment