Wednesday, March 18, 2009

Mesyuarat AJK Kali Ke Dua

Syukur alhamdulillah 4B Bukit Naning telah mengadakan mesyuarat AJK kali ke dua, mesyuarat kali ini adalah penting bagi memaklumkan jumlah keahlian sehingga kini, peruntukan atau geran daripada pejabat belia, pembentukan biro, penerangan fungsi biro dan rombakan kedudukan ajk biro. Perbincangan juga diadakan berkenaan kutipan yuran yang mesti dikenakan kepada ahli sebanyak RM 1.00 setahun dan proses pendaftaran belia kepada 4B Malaysia.

Seramai 107 ahli belia yang mana 23 adalah wanita telah menyertai belia 4B. Berikut adalah senarai AJK belia 4B Cawangan Bukit Naning :
Ketua : Mohd Radzi bin Hj. Amin (019-6688648)
Naib. Ketua : Mohd Najib bin Saher (012-9252985)
Naib Ketua Wanita : Dalila binti Kasbon (017-7346434)
Naib Ketua Remaja : Mohd Khairul Farhan bin Hj. Zarkasi (013-7373275)
Setiausaha : Abd. Razak bin Ithnain (019-2123069)
Pen. Setiausaha : Azmi bin Idris (019-6156800)
Bendahari : Mohd Hisham bin Othman (013-7648694)
AJK : Suhaimi bin Samingan (019-7321526)
: Ismail bin Juahir (013-6956799)
: Mohd Nizam bin Amin (017-6166884)
: Azman bin Misran (019-7964298)
: Mohd Nizal bin Roslan (014-2777946)
: Mohd Rizal bin Somlan (012-7966773)
: Mohd Eddey bin Mislan (019-6582796)
: Mohd Hairi bin Kasbon (017-5459199)
: Amrudin bin Hj. Sarman (07-4211588)
: Lehan bin Tukiran (019-6680427)
: Nazir bin Yatimin (013-7553006)

Monday, March 9, 2009

Program Maulidur Rasul

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli belia 4B yang hadir dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Bakri anjuran Masjid Jamek Batu 15 dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muar. Walaupun ini program yang pertama komitmen ahli-ahli belia amat dibanggakan sekali, biarpun kita masih kecil bilangannya tapi kita adalah BELIA YANG BERKUALITI untuk memimpin diri kita, masyarakat dan negara kita.

Kehadiran saudara akan diambil markah bagi penilaian belia cemerlang.

Tahniah dan SELAMAT MAJU JAYA


PENUBUHAN BARU

Pada 6 Mac 2009 (Jumaat) jam 8.00 malam, detik sejarah bagi belia di kawasan DUN Bukit Naning apabila penubuhan belia baru bagi membela nasib belia-belia yang ada dari umur 15 hingga 40 tahun yang dikenali Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Naning. Mohd Radzi, Abd. Razak dan Najib Saher antara pendukung utama gerakan belia ini. Seramai 96 orang berjaya didaftarkan dan keahlian masih lagi dibuka telah menunjukkan bahawa belia di kawasan Bukit Naning memang dahagakan aktiviti dan program yang boleh memberikan mereka memimpin dan mengisi masa terluang di samping meningkatkan ekonomi mereka.
Sokongan daripada En. Junaidi Yasin selaku Penggerak Rakan Muda Parlimen Bakri, sokongan YB. Datuk Hj. Abdullah Md. Ali selaku ADUN Bukit Naning dan Dato' Saipolbahri bin Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri telah menunjukkan mereka mengharapkan belia ini akan terus menjadi kenyataan dan dijadikan platform untuk belia menimba ilmu.
Buat masa ini, aktiviti belia banyak menumpukan di kawasan Perpustakaan Desa Batu 15 Air Hitam. Tahniah kepada ahli belia yang baru semoga ia akan menjadi kenyataan.