Monday, March 9, 2009

PENUBUHAN BARU

Pada 6 Mac 2009 (Jumaat) jam 8.00 malam, detik sejarah bagi belia di kawasan DUN Bukit Naning apabila penubuhan belia baru bagi membela nasib belia-belia yang ada dari umur 15 hingga 40 tahun yang dikenali Gerakan Belia 4B Cawangan Bukit Naning. Mohd Radzi, Abd. Razak dan Najib Saher antara pendukung utama gerakan belia ini. Seramai 96 orang berjaya didaftarkan dan keahlian masih lagi dibuka telah menunjukkan bahawa belia di kawasan Bukit Naning memang dahagakan aktiviti dan program yang boleh memberikan mereka memimpin dan mengisi masa terluang di samping meningkatkan ekonomi mereka.
Sokongan daripada En. Junaidi Yasin selaku Penggerak Rakan Muda Parlimen Bakri, sokongan YB. Datuk Hj. Abdullah Md. Ali selaku ADUN Bukit Naning dan Dato' Saipolbahri bin Suib selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri telah menunjukkan mereka mengharapkan belia ini akan terus menjadi kenyataan dan dijadikan platform untuk belia menimba ilmu.
Buat masa ini, aktiviti belia banyak menumpukan di kawasan Perpustakaan Desa Batu 15 Air Hitam. Tahniah kepada ahli belia yang baru semoga ia akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment